Topik 5 - Pengenalan Pemanfaatan Pengurusan Pembelajaran Dalam Talian

  • Sistem Pengurusan Pembelajaran
    • LMS: e-learning, m-learning, u-learning, MOOC
  • Sistem pengurusan kandungan digital: 
    • OER (Open Education Resources), 
    • DLO (Digital Learning Object) 
Pemanfaatan atau leveraging adalah satu proses yang penting dalam integrasi alat dan teknologi digital. 'Leveraging' membawa maksud menggunakan sesuatu secara optimum (use [something] to maximum advantage). Bagaimanakah kita dapat menggunakan teknologi secara optimum?


Teknologi boleh dimanfaatkan dengan baik apabila kita menggunakan teknologi dan sumber digital mengikut keupayaan yang ditawarkan. Ini dikatakan sebagai 'learning affordances'. Contohnya, apabila kita gunakan Google Classroom sebagai ruang kelas maya, kita perlu gunakan fitur-fitur yang ditawarkan sebagai satu keupayaan yang boleh membuatkan proses-proses yang perlu dilalui oleh seseorang pelajar digital menjadi berkesan.


Pada tajuk 4 anda telah pelajari tentang 4 proses yang anda alami sebagai seorang pelajar digital:


  1. Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
  2. Inovasi dalam PdPC
  3. Pentaksiran
  4. Pengurusan PdPC


Kesemua proses ini anda boleh manfaatkan melalui Sistem pengurusan Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan Digital.


Sistem Pengurusan Pembelajaran

Sistem Pengurusan Pembelajaran atau Learning Management System (LMS) telah berubah selaras dengan kemajuan teknologi. Hal ini membuatkan pembelajaran berbentuk elektronik atau e-pembelajaran dapat dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan menggunakan pelbagai perkakasan. Antaranya adalah perlakasanakan dalam bentuk:

  • e-learning
  • m-learning
  • u-learning
  • MOOC

Apakah perbezaan kesemua konsep di atas? Rujuk ilustrasi berikut:


Dari pembelajaran secara bersemuka, face to face (F2F), permulaan penggunaan perkakasan dan aplikasi digital adalah melalui komputer dan rangkaian. Komputer yang digunakan adalah seperti komputer meja (desktop). Ini adalah permulaan kepada e-pembelajaran. M-learning atau Mobile Learning bermula melalui penggunaan alat mudah alih yang boleh capai internet secara tanpa wayar (wireless).

U-learning atau Ubiquituous Learning adalah 'tambahan' kepada persekitaran pembelajaran elektronik seperti m-learning. Dalam U-learning, persekitaran adalah agak luwes (flexible) dan bebas dari penggunaan wayar.

https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0360131515300051

Sistem U-learning masih menggunakan sistem pengurusan pembelajaran, tetapi pelajar juga dapat memilih untuk pembelajaran secara kendiri dan bahan pembelajaran boleh didapati dari pangkalan data (database) yang dihasilkan oleh komuniti pembelajaran (learning community). Anda akan belajar tentang bahan pembelajaran dalam Sistem Pengurusan Kandungan Digital seperti Open Education Resources (OER) dan Digital Learning Object (DLO).


Sebagai pelajar digital dan juga bakal guru digital, anda juga telah dibekalkan dengan ID DELIMa dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Digital Educational Learning Initiatives Malaysia (DELIMa) adalah inisiatif pendigitalan pendidikan di Malaysia. Dari Portal DELIMa, anda boleh belajar tentang teknologi, dengan teknologi dan melalui teknologi oleh pihak pembekal perkhidmatan digital seperti Google, Apple dan Microsoft.


Anda boleh rujuk kepada pelbagai aspek teknologi dan sumber digital yang ditawarkan oleh Google melalui Google Workspace for Education yang juga merupakan tapak asas kepada DELIMa KPM. 


MOOC (Massive Open Online Course)

MOOC pula adalah satu pendekatan untuk pembelajaran melalui Web yang dapat disertai oleh mana-mana pelajar yang berminat dalam jumlah yang sangat besar atau 'Massive". MOOC dapat dimanfaatkan oleh individu yang inginkan pembelajaran di luar sekolah atau pembelajaran sepanjang hayat.



MOOC adalah berasal dari Open Education Resource atau OER, cuma bezanya adalah OER digunakan untuk ditambahbaik/ diubah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pelajar digital, gunakan peluang untuk melaksanakan pembelajaran sepanjanga hayat melalui MOOC seperti:


Pembekal perkhidmatan MOOC seperti Khan Academy boleh diakses melalui DELIMa. 
Anda boleh cuba!

Sistem Pengurusan Kandungan Digital
  1. Open Education Resource (OER)
  2. Digital Learning Object (DLO)
Dalam DELIMa, anda akan temui pelbagai sumber terbuka atau OER yang dihasilkan oleh guru-guru seluruh Malaysia. Ada juga bahan dalam Ruang Ilmu DELIMa yang boleh dianggap sebagai Objek Pembelajaran digital atau DLO. Bahan digital ini boleh digunakan oleh guru atau anda sendiri untuk pembelajaran sepanjang hayat.


Open Educational Resource (OER)

Open Educational Resource (OER) atau Sumber Pendidikan Terbuka adalah bahan digital yang boleh diperolehi secara percuma dan boleh diubah mengikut keperluan kelas atau amalan PdPC seseorang guru. Bahan tersebut boleh melalui 5 proses (5R's):

https://libguides.lib.msu.edu/oer



Lesen terbuka OER

OER dihasilkan dan diletakkan dalam domain umum (public domain). Bahan OER boleh digunakan kembali kerana lesen yang diguna pakai adalah di bawah Creative Common license seperti berikut:



Sebagai pelajar, anda boleh ketahui mana-mana bahan yang mempunyai label seperti 'CC' di atas sebagai panduan.

Digital Learning Object (DLO)
Objek Pembelajaran Digital atau DLO adalah sejenis OER tetapi biasanya tidak diubah atau ditambah baik (revise dan remix). DLO boleh digunakan kembali dalam persekitaran yang berbeza mengikut kehendak dan keperluan pembelajaran, tetapi biasanya digunakan sebagaimana ia dihasilkan. Rujuk pautan ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.



Sebagaimana yang dinyatakan dalam buku IGI Global, DLO boleh berada dalam bentuk guna semula, 'stand-alone'; atau dalam bentuk satu unit pembelajaran dalam bentuk kandungan digital; dan juga boleh dijadikan satu unit pembelajaran dalam talian melalui alat elektronik. Lihat contoh yang diguna pakai oleh satu universiti untuk DLO berikut. Anda akan lihat, DLO yang direka bentuk adalah mengikut aktiviti-aktiviti tersendiri tetapi merangkumi SATU unit pembelajaran. Aktiviti-aktiviti dalam DLO itu boleh dipilih dan disusun oleh pelajar mengikut kehendak dan keperluan pelajar tersebut.



Bahan Terbuka Google-Apple-Microsoft
Anda juga telah berpengalaman dalam menjalankan pentaksiran kendiri melalui pembekal perkhidmatan seperti Google-Apple-Microsoft dengan menggunakan bahan digital terbuka yang dapat diakses melalui laman web. Anda juga telah alami bagaimana, bahan seperti DLO ini dapat memotivasikan anda untuk teruskan pembelajaran kendiri kerana pada setiap unit yang kecil, anda akan diberikan sijil serta lencana sebagai pengiktirafan. Jadi teruskan pembelajaran kendiri anda untuk memberi nilai tambah kepada profil kompetensi digital anda.

Google Applied Digital Skills


Apple Teacher Centre


Microsoft Educator Centre


Rujuk juga kepada Google For Education Teacher Centre untuk pelbagai pensijilan dan program yang membolehkan anda menjadi guru yang bersedia masa hadapan.
https://edu.google.com/for-educators/certification-programs/product-expertise/?modal_active=none

DLO-KPPB IPG Malaysia
IPG Malaysia menggunakan terma DLO untuk unit-unit pembelajaran yang lengkap dalam pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) bermula 2017. Dalam setiap DLO tersebut akan ada Hasil Pembelajaran yang disasarkan, maka aktiviti-aktiviti yang disusun dalam DLO-KPPB akan mengikut Hasil Pembelajaran sesuatu kursus dan mengandungi aktiviti yang dapat mencapai kompetensi yang diinginkan sebagai pelajar kontemporari. Dalam hal ini, DLO kursus GAPD 1032 Asas Pembelajaran Digital akan cuba menghasilkan pelajar digital yang berkesan untuk masa hadapan.

Anda boleh rujuk laman pembelajaran digital untuk DLO-KPPB di bawah kelolaan IPG Malaysia. Klik pada imej untuk ke laman web DLO IPG Malaysia.

http://epembelajaran.edu.my/dloipg/

Kesimpulan
Secara keseluruhannya, salah satu peranan pelajar digital adalah untuk ketahui tentang bagaimana untuk memanfaatkan pengurusan teknologi dan sumber digital. Dalam tajuk ini, anda telah pelajari bahawa terdapat pelbagai terma yang merujuk kepada pembelajaran digital yang anda boleh kenal pasti untuk bantu anda tingkatkan kompetensi digital anda. Anda juga pelajari tentang kandungan digital terbuka yang anda boleh gunakan untuk menjadi pelajar digital yang bersedia masa hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages