Topik 4 - Pengenalan kepada Teknologi dan Sumber Digital untuk Aktiviti Pembelajaran Bermakna

  • Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
  • Inovasi dalam PdPc
  • Pentaksiran
  • Pengurusan PdPc
Teknologi dan Sumber Digital untuk Pembelajaran Bermakna
Dalam kehidupan seharian pelajar berikut adalah proses yang pelajar akan terlibat secara langsung. Pengetahuan tentang proses-proses ini adalah perlu bagi pelajar tetapkan visi, misi dan rancang strategi sebagai pelajar digital yang bersedia masa hadapan (Future-ready digital learners).


Pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang dianggap oleh pelajar sebagai membawa makna. Cuba ingat kembali, apakah pengalaman pembelajaran yang anda paling ingat dalam hidup anda?

Pembelajaran bermakna selain dari membawa maksud 'meaningful', pembelajaran itu juga berlaku pada peringkat yang mendalam (deep learning). IPGM telah mengguna pakai pembelajaran bermakna sebagai pembelajaran secara mendalam (deep learning). Mengikut model Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, ada empat komponen yang terlibat untuk membantu pelajar mendapat kompetensi masa kini khususnya Kompetensi 6C.

https://teachersfirst.com/blog/2019/08/whats-the-buzz-the-6cs/


4 komponen yang perlu ditimbangkan untuk pembelajaran bermakna. Klik di sini untuk rujukan.

Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)
PdPC merujuk kepada aktiviti pembelajaran dalam kelas yang membuka peluang untuk pelajar menjadi aktif dalam memperoleh ilmu. PdPC menekankan peranan guru sebagai pemudahcara yang akan membantu serta menyokong pembelajaran pelajar. Sokongan boleh dalam bentuk penyoalan verbal contohnya. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) mengkhususkan Standard 4 sebagai panduan kepada semua guru di Malaysia untuk melaksanakan Tindakan Untuk Mencapai Standard (TUMS) bagi menyasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sebagai pelajar, adalah penting untuk anda fahami cara pengajaran direka bentuk dalam kelas anda. Salah satu item dalam Standard 4 Pembelajaran dan Pemudahcaraan untuk SKPMg2, adalah Murid sebagai Pembelajar Aktif (Standard 4.6). Pada masa kini, penggunaan alat dan teknologi digital boleh dimanfaatkan untuk pelajar aktif dalam menentukan sasaran pembelajaran masing-masing.

Mengikut penyataan Standard 4.6, apabila belajar, murid perlu:

"Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan. Memberi respons, berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan kreatif, mengemukakan soalan, menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan berdasarkan objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan berhemah".

Ciri-ciri murid/pelajar aktif dalam penyataan standard di atas adalah sejajar dengan standard pelajar ISTE.


Inovasi dalam PdPC
Era Digital kini memerlukan pelajar menjadi inovator dalam menyelesaikan masalah yang autentik. Persekitaran yang memfokuskan ekonomi berdasarkan ilmu pengetahuan (knowledge worker) memerlukan pelajar mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan isu atau masalah pembelajaran mereka, contohnya. Apa yang dihasilkan adalah inovasi untuk proses PdPC pelajar. Anda boleh rujuk kepada Piawaian ISTE 1.4 sebagai Innovative Designer.


Terdapat pelbagai model sebagai panduan untuk melaksanakan inovasi, pilih mana yang sesuai kepada keadaan anda dan gunakan. Yang penting adalah kitaran inovasi yang sentiasa perlukan anda menilai persekitaran anda dan kegunaan inovasi anda.

Sebagai pelajar juga, menjadi seorang inovator akan membantu anda dalam menyelesaikan masalah dalam pembelajaran terutamanya yang melibatkan proses pembelajaran digital.


Untuk menjadi seorang pelajar digital yang bersedia untuk masa hadapan, anda perlulah membudayakan inovasi dalam diri anda dan komuniti. Inovasi melalui teknologi dan sumber digital akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah samada kecil atau besar.


Pentaksiran
Pembelajaran boleh diukur melalui penilaian dan pentaksiran. Pentaksiran juga boleh memotivasikan pelajar untuk belajar. Anda perlu tahu cara pentaksiran yang dilaksanakan pada masa kini samada secara digital atau tidak. Apabila anda merancang proses pembelajaran anda, anda perlu tahu pencapaian sasaran atau kriteria kejayaan yang telah ditetapkan.


Dalam PdPC yang tertumpu kepada pembelajaran digital pelajar, penilaian formatif sesuai digunakan untuk setiap individu. Salah satu strategi dalam pentaksiran adalah pentaksiran kendiri (Self-Assessment) dan penilaian rakan sebaya (peer-evaluation) kerana ini membantu pembangunan kendiri.

Pentaksiran masa kini adalah lebih kepada Assessment For Learning di mana pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek digunakan. Antara satu teknik yang digunakan dalam pentaksiran pelajar adalah membuat penulisan reflektif bagi menilai tahap penguasaan yang telah dicapai oleh setiap individu.

Setiap pelajar boleh gunakan kriteria dan rubrik mengikut tahap dan aspek yang dinilai. Dari kriteria dan rubrik tersebut, pelajar boleh menambah baik proses pembelajaran mereka.



Anda masih ingat Student Learning Model atau SLM? Dalam video 'self-assessment' di atas, antara perkara yang penting adalah untuk pelajar sentiasa dapat belajar walaupun TIADA GURU secara fizikal. Antara yang ditekankan adalah:
  • Metacognition
  • Persistence
  • Being Open to Continuous Learning
Penilaian/ pentaksiran kendiri adalah penting kerana pembelajaran masa kini adalah lebih kepada terperibadi (personalized). Jadi, masa yang ada dalam kelas bukanlah untuk digunakan untuk mendapat input, tetapi kepada menyelesaikan masalah. Antara tindakan yang boleh dilaksanakan adalah untuk sentiasa menilai, mengukur dan membuat refleksi tentang pembelajaran anda sendiri.

Jadi, kita kembali kepada soalan: Siapakah dan di manakah 'guru' anda sebenarnya?


Pengurusan PdPC
Kemajuan teknologi digital yang dapat diperibadikan (personalized) mengikut kehendak dan keperluan pengguna telah membuka bilik darjah konvensional kepada dunia luar. Pembelajaran terarah kendiri kini dapat dilaksanakan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sebagai pelajar anda perlu ada kemahiran menguruskan PdPC anda supaya anda dapat belajar secara berkesan dalam keadaan dunia digital. Oleh hal sedemikian, anda perlu ada Persekitaran Pembelajaran Terperibadi atau Personal Learning Environment (PLE) yang khusus kepada keperluan dan kehendak anda.

PLE mula diketengahkan sebagai satu cara pembelajaran Connectivisim oleh George Siemens dan Stephen Downes. PLE dikatakan sebagai model pembelajaran digital. Melalui PLE, anda boleh tentukan cara pembelajaran dan alat pembelajaran yang anda suka dan cenderung untuk gunakan.

PLE memerlukan Personal Learning Network (PLN) untuk anda berhubung bagi membantu pembelajaran anda. PLE dikatakan sebagai persekitaran yang memerlukan kita berkolaborasi, berkongsi, berkomunikasi dengan orang lain serta perkhidmatan dan alat yang disediakan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang Connectivism dan PLN. Baca juga permulaan Connectivism oleh George Siemens (2004)

0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages