Guru Muda: Jimat Masa Impak Maksima

Bagaimana nak pastikan kita dapat berikan perhatian dan latihan sepatutnya kepada murid yang pandai dan pada masa yang sama dapat bantu murid lemah.

Guru bijaksana akan nampak hal ini sebagai satu peluang.
Menjimatkan masa dan tenaga serta dapat impak maksima.

Wujudkan sistem Guru Muda dalam bilik darjah.
  1. Dalam kumpulan, pastikan ada seorang murid atau lebih yang lebih pandai akan membantu murid-murid lemah yang lain.
  2. Murid pandai bantu murid lain, serta murid lemah akan belajar daripada rakannya. Cikgu boleh berjalan dari satu kumpulan ke kumpulan lain dan memantau perjalanan aktiviti. Maknanya, cikgu betul-betul bertindak sebagai fasilitator dan sumber rujukan sahaja.
  3. Dengan ini, murid pandai akan memperkasakan lagi kefahaman mereka dengan menerangkan, sementara murid lemah akan belajar dengan cara rakan sebaya mereka faham.
  4. Mereka juga akan dapat bina keyakinan diri kerana belajar berdikari untuk belajar daripada pelbagai orang dan bukan bergantung kepada guru semata-mata.
Dengan itu, dapatlah cikgu jimatkan masa dan mepertingkatkan penglibatan aktif murid.

0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages