Future-Ready-Learners?

Apakah pelajar masa hadapan? 

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Future-Ready"?

Future Design School, salah satu projek Google for Education telah menggariskan Potrait Pelajar yang Bersedia untuk Masa Hadapan.  Dokumen tersebut menggariskan beberapa kompetensi yang penting untuk pelajar.

Kompetensi atau attribut yang dinyatakan adalah:

  1. Kolaborasi
  2. Komunikasi
  3. Kreativiti
  4. Pemikiran Kritis
  5. Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking)
  6. Keusahawanan
  7. Ekuiti dan Inklusif
  8. Visi Global dan Masa Hadapan



Sebagai persediaan anda kepada Era Pendidikan Digital, anda akan laksanakan pelbagai aktiviti menggunakan alat dan teknologi digital dan sasarannya adalah untuk menjadi:

"Pelajar Digital yang Bersedia untuk Masa Hadapan"
(Future-Ready Digital Leaners)


Oleh itu kita akan laksanakan aktiviti pembelajaran bermakna dengan memanfaatkan alat dan teknologi digital bagi mencapai visi kita.  Jadi secara keseluruhannya, pada akhir pembelajaran dalam ruang Digital Learning Object (DLO) ini, diharapkan anda akan dapat mencapai hasil pembelajaran kursus GAPD 1032 Asas Pembelajaran Digital yang berikut:

1) HPK1 (CLO1)
Menerangkan konsep teknologi dan sumber digital serta peranan guru dan pelajar berkaitan pembelajaran bermakna.
(C2, HP1)

2) HPK2 (CLO2)
Mengaplikasi teknologi dan sumber digital untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermakna. 
(C3, A2, HP2, HP6, KKG1, KMD2) 

3) HPK3 (CLO3)
Merumus pola data untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan digital dalam konteks pembelajaran bermakna. 
(C5, A4, HP2, HP11, KKG2, KEP12)

Anda boleh gunakan navigasi menu pada laman ini atau anda juga boleh tekan pautan pada papan visual.  



0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages