Topik 1 : Pengenalan Kepada Konsep Pembelajaran Digital

 

  • Teknologi dan Sumber Digital 
  • Model Integrasi Teknologi Digital PdP 
    • (SAMR,TPACK, The Digital Competence Framework 2.0)
  • Pemanfaatan teknologi dan sumber digital
  • Dasar Pembelajaran Digital IPG

Teknologi dan Sumber Digital

Bermula 2020 pembelajaran digital telah menjadi satu kemestian dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di serata dunia.


Bermula dari 2020 jugalah kita melalui pelbagai bentuk pembelajaran digital, antaranya:


  1. Pembelajaran dalam talian secara segerak (synchronous) dan tidak segerak (asynchronous).
  2. Pembelajaran teradun (blended learning) yang menggabungkan kelas secara bersemuka dan secara dalam talian mengikut tempoh yang berlainan.
  3. Pembelajaran secara hibrid di mana kelas dilaksanakan secara serentak dalam dua mod: secara bersemuka fizikal dan secara dalam talian secara segerak/ tidak segerak.


Kesemua pembelajaran ini menggunakan teknologi dan sumber digital yang kian berkembang dan maju.


Apakah Pendidikan Digital?



Apakah Teknologi dan Sumber Digital?
  • Teknologi digital merujuk kepada perkakasan, program, laman web, dan sumber dalam talian yang digunakan untuk memudahkan atau menyelesaikan sesuatu perkara/ tugasan atau isu.
  • Sumber digital boleh terdiri daripada program seperti aplikasi atau perisian pada alat digital. Contoh sumber adalah seperti perisian Google Workspace for Education.
  • Penggunaan teknologi dan sumber digital dalam pendidikan perlu direka bentuk melalui perancangan yang boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran pelajar, menambah kecekapan pelajar dan guru dalam menyelesaikan pelbagai isu contohnya, dan menarik perhatian pelajar untuk terus belajar.
Model Integrasi Teknologi Digital PdP (SAMR, TPACK)
Untuk memastikan teknologi dan sumber digital membawa kepada keberkesanan, kecekapan dan dapat menarik perhatian pelajar, model integrasi teknologi digital PdP digunakan dalam mereka bentuk dan melaksanakan proses PdP. Model integrasi paling asas adalah model SAMR. Rujuk bagaimana SAMR boleh digunakan oleh guru.
The SAMR Model

A Brief History of TPACK

Digital Competency Framework 2.0
Untuk pelajar atau pengguna teknologi dan sumber digital, mereka perlu mempunyai kompetensi digital yang relevan agar mereka dapat menjalankan fungsi sebagai pengguna digital yang berkesan. Impak dari mempunyai kompetensi ini lebih kepada membantu mereka dalam aktiviti seharian, menjadi individu yang berjaya dan seterusnya untuk kelangsungan hidup di dalam era digital ini.


Pengukuran kompetensi boleh dibuat melalui Digital Competency Framework 2.0 yang dibangunkan dan disebarkan di bawah The Common European Framework of References (CEFR).

Digital Competence Framework 2.0

Pemanfaatan Teknologi dan Sumber Digital
Pemanfaatan atau 'leveraging' merujuk kepada penggunaan teknologi dan sumber digital yang memberi faedah kepada pengguna. Dalam PdP contohnya, teknologi dan sumber digital perlu dirancang dan digunakan sebaiknya agar proses tersebut memberi impak yang positif kepada pelajar.


Contohnya, dengan adanya teknologi seperti Google Meet, pelajar bukan sahaja dapat berhubung dengan rakan dalam negara tetapi juga dengan rakan baharu di luar negara pada bila-bila masa dan pada tempat yang berlainan dari segi kedudukan geografi.


Di IPG, pemanfaatan ini ditekankan melalui pendekatan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau New Pedagogies for Deep Learning (NPDL). Salah satu komponen utama adalah Leveraging Digital Tools and Resources.

Dasar Pembelajaran Digital IPG






Kesimpulan
Secara keseluruhannya, konsep pembelajaran digital merangkumi pelbagai aspek seperti yang dinyatakan dalam Dasar Pembelajaran Digital. Tujuan utama pembelajaran digital adalah untuk sediakan modal insan yang dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia era digital dengan jayanya.

1 comment:

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages