Aktiviti Tutorial

Topik 1: Pengenalan Kepada Konsep Pembelajaran Digital

Aktiviti Tutorial - Kumpulan (Topik 1)

Merujuk kepada sumber bacaan yang diberikan dalam topik 1.4, sila lengkapkan tugasan tutorial seperti yang berikut:

Tugasan Kumpulan
1. Senarai enam domain pembelajaran digital IPG, KPM
2. Nyatakan tiga skop bidang bagi setiap domain yang disenaraikan 
3. Jelaskan kepentingan domain ini dalam usaha merealisasikan Visi dan Misi yang tertera dalam Dasar Pembelajaran Digital IPG, KPM

Nota:
1. Sila persembahan dapatan di atas dalam bentuk 1 tool selain powerpoint dan canva (Gunakan 1 tool lain utk persembahan dapatan tugasan). Sila rujuk senarai aplikasi terbaik di pautan utk dapat idea. https://gapd1032ipgkpp.blogspot.com/p/senarai-aplikasi-terbaik.html

HASIL AKHIR

https://prezi.com/view/F3O6FoW4gIfqRuxEKIIN/?authuser=0


Topik 2: Pengenalan Kepada Peranan Pelajar Era Digital

Aktiviti Tutorial - Kumpulan (Topik 2)

Tugasan Berkumpulan

Setelah menonton video yang dikongsikan (video m/s 23, 1 video pilihan sahaja), anda dikehendaki membentangkan sekurang-kurangnya TUJUH peranan sebenar/tingkah laku yang anda lakukan dalam kehidupan harian berdasarkan piawaian pelajar ISTE dalam bentuk infografik. 

Nota:
Boleh rujuk https://gapd1032ipgkpp.blogspot.com/p/senarai-aplikasi-terbaik.html (bagi dapatan infografik terbaik)

HASIL AKHIR



Topik 3: Pengenalan Kepada Peranan Guru Era Digital

Aktiviti Tutorial - Kumpulan (Topik 3)

Merujuk kepada sumber yang dikongsikan seperti di bawah (m/s: 31), kumpulan anda dikehendaki menjelaskan bagaiman ciri-ciri atau fungsi alat dan sumber teknologi digital yang dipilih dapat


1. Menyokong aktiviti pembelajaran bermakna (jelaskan bagaimana 6C dapat dicapai
2. Menggalakkan 3E (penglibatan, peneguhan, perluasan)
3. Mencapai 3R (pengenasan, perkaitan, perhubungan)

Nota:
Sila persembahan dalam bentuk 1 video capcut dapatan di atas.

HASIL AKHIR



Topik 8: Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) 

Aktiviti Tutorial - Individu (Topik 8)

Sila jawab di pautan link Aktiviti Tutorial - Individu (Topik 8) yang disertakan di Google Classroom. Gunakan ID Delima (pautan practice sets -  6 soalan).

HASIL AKHIR


https://classroom.google.com/c/NjkwNDY0MzQ5NDEy/si/Njk2NjYxNTkxMDk3/aaa/Njk2NjYzOTk3NjQ4


Topik 4: Pengenalan kepada Teknologi dan Sumber Digital untuk Aktiviti  Pembelajaran Bermakna 

Aktiviti Tutorial - Kumpulan (Topik 4)

1. Anda dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2-3 orang. 

2. Setiap kumpulan dikehendaki meneroka aplikasi, perisian atau pelantar pembelajaran digital bagi

Aktiviti 1: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Aktiviti 2: Inovasi dalam PdPc

Aktiviti 3: Pentaksiran

Aktiviti 4: Pengurusan PdPc

3. Setiap kumpulan melaksanakan setiap aktiviti seperti ketetapan berikut

Aktiviti 1: Kumpulan 1, 5

Aktiviti 2: Kumpulan 2, 6

Aktiviti 3: Kumpulan 3, 7

Aktiviti 4: Kumpulan 4, 8

4. Arahan melaksanakan aktiviti kumpulan

Kumpulan 1/5

a) Anda dikehendaki menyelesaikan aktiviti ini secara berpasangan/bertiga dalam kumpulan ini.

b) Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu pelantar pembelajaran digital iaitu sama ada Google Classroom atau Schoology

c) Meneliti pelantar pembelajaran digital seperti Google Classroom atau Google Sites yang digunakan untuk pelaksanaan PdPr yang berasaskan bilik darjah secara dalam talian.

d) Menyatakan ciri-ciri (features/affordances) pelantar pembelajaran digital yang dipilih

e) Menyenaraikan fungsi bagi setiap ciri (features/affordances) yang disenaraikan

f) Menyatakan kelebihan pelantar pembelajaran digital yang dipilih

g) Menyatakan limitasi pelantar pembelajaran digital yang dipilih

h) Membanding-bezakan kedua-dua pelantar pembelajaran digital dari segi ciri-ciri dan kelebihan penggunaan pelantar pembelajaran digital ini untuk aktiviti pembelajaran bermakna (contoh: menggalakkan kolaborasi, komunikasi)

i) menjelaskan bagaimana pelantar pembelajaran digital dapat menggalakkan 3E (penglibatan, peneguhan , perluasan)

Kumpulan 2/6

a) Anda dikehendaki menyelesaikan aktiviti ini secara berpasangan/bertiga dalam kumpulan ini.

b) Anda dikehendaki mencari perisian/aplikasi baru yang dapat membantu PdPc melalui Google Search, Google scholar, kamus dalam talian, sumber terbuka dan lain-lain termasuklah Google Extension.

c) Menyatakan ciri-ciri (features/affordances) aplikasi yang dipilih

d) Menyenaraikan fungsi bagi setiap ciri (features/affordances) yang disenaraikan 

e) Menyatakan kelebihan aplikasi yang dipilih

f) Menyatakan limitasi aplikasi yang dipilih

g) Menjelaskan bagaimana aplikasi ini dapat menyokong aktiviti pembelajaran bermakna

h) Menjelaskan bagaimana aplikasi ini dapat menggalakan 3E (penglibatan, peneguhan , perluasan)

Kumpulan 3/7

a) Anda dikehendaki menyelesaikan aktiviti ini secara berpasangan/bertiga dalam kumpulan ini.

b) Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu aplikasi seperti yang berikut:

(i) Google form

(ii) Quizzes

(iii) Kahoot

(iv) lain-lain aplikasi (contoh: Socrative)

c) Menyatakan ciri-ciri (features/affordances) aplikasi yang dipilih

d) Menyenaraikan fungsi bagi setiap ciri (features/affordances) yang disenaraikan 

e) Menyatakan kelebihan aplikasi yang dipilih

f) Menyatakan limitasi aplikasi yang dipilih

g) Menjelaskan bagaimana aplikasi ini dapat menyokong aktiviti pembelajaran bermakna

h) Menjelaskan bagaimana aplikasi ini dapat menggalakan 3E (penglibatan, peneguhan , perluasan)

Kumpulan 4/8

a) Anda dikehendaki menyelesaikan aktiviti ini secara berpasangan/bertiga dalam kumpulan ini.

b) Setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu aplikasi seperti yang berikut:

(i) Microsoft Office 365

(ii) Aplikasi Google (seperti Google Docs, Google Sheets, Google Slides) dan 

(iii) lain-lain alat-alat digital seperti perisian yang bersesuaian untuk pembinaan bahan PdPc (Contoh: Perisian penghasilan infografik, penyuntingan video, rakaman audio, peta minda, lukisan digital dan lain-lain)

c) Menyatakan ciri-ciri (features/affordances) perisian yang dipilih

d) Menyenaraikan fungsi bagi setiap ciri (features/affordances) yang disenaraikan 

e) Menyatakan kelebihan perisian yang dipilih

f) Menyatakan limitasi perisian yang dipilih

g) Menjelaskan bagaimana perisian ini dapat menyokong aktiviti pembelajaran bermakna

h) Menjelaskan bagaimana perisian ini dapat menggalakan 3E (penglibatan, peneguhan , perluasan)

HASIL AKHIR




Aktiviti Tutorial - Individu (Topik 6)


Sila gunakan aplikasi book creator untuk memperkenalkan Projek Tugasan 2 anda kepada anak murid anda.

Gunakan kehebatan digital anda utk kongsikan momen tersebut di aplikasi book creator.

Arahan
1. https://app.bookcreator.com/l/-O13dRrnLLkn7bQZ3TSr?c=RBPTFSB
2. Gunakan kod RBPTFSB untuk join.
3. Rujuk idea (saya tak tetapkan idea cuma saya berikan lampiran utk kamu dapatkan idea untuk tambah baik tugasan 2)
4.Isikan 1 page sahaja (siapa awal isikan dahulu)

Sila klik link book creator dan tekan turn in setelah kamu melengkapkan book creator tersebut.

HASIL AKHIR


Aktiviti Tutorial - Berkumpulan (Topik 7)

Aktiviti 1: Menyelesaikan masalah binaan basikal
  • Gunakan teknik leraian, teknik pengecaman corak, teknik peniskalaan dan teknik algoritma untuk menyelesaikan masalah binaan basikal
  • Catatkan langkah-langkah yang telah anda jalankan untuk menjawab soalan (a)
Aktiviti 2 : Menyelesaikan masalah binaan piramid



  • Gunakan teknik leraian, teknik pengecaman corak, dan teknik peniskalaan untuk menjawab soalan-soalan berikut:
    • Berapakah bilangan kiub bagi setiap tingkat?
    • Berapakah jumlah kiub yang diperlukan bagi menghasilkan binaan piramid enam tingkat?
  • Catatkan langkah-langkah yang telah anda jalankan untuk menjawab soalan (a)



0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages