AMALAN TERBAIK PdPc

ROLE CARDS

Setiap kumpulan diberikan panduan pembahagian tugas. Setiap ahli dalam kumpulan memegang beberapa peranan iaitu dengan kad berhuruf iaitu M (Ketua), B (Pengambil), U (Pencatat), dan H (Penjaga Masa). Dengan memegang peranan berbeza dalam kumpulan, murid-murid menjadi lebih tertumpu kepada tugas mereka. Tiada lagi murid yang tidak tahu apa mereka perlu buat atau merasakan mereka tidak mampu menyumbang apa-apa dalam perbincangan kumpulan. 


RALLY ROBIN

Dalam kumpulan, murid bergilir-bergilir menuliskan idea atau jawapan mereka dalam sehelai kertas. Fungsinya sama macam perbincangan Round Table cumanya murid tidak bercakap tetapi menuliskan respon mereka di atas kertas sehingga peta minda itu lengkap.


TASK CARDS

Setiap kumpulan menerima kad tugasan berbeza. Oleh itu mereka perlu menyiapkan satu peta penerangan yang jelas. Hal ini dapat memecahkan sesuatu topik kepada beberapa bahagian dan menjimatkan masa. Setiap kumpulan membentang dan kumpulan lain mengajukan soalan atau menambah mana-mana bahagian yang perlu. 


HOT SEAT

Dalam kumpulan, murid berbincang untuk menjadi pakar dalam tajuk mereka. Aktiviti ini hampir sama seperti Task Card, cuma hanya seorang sahaja dari setiap kumpulan akan tampil ke hadapan dan akan disoal oleh kumpulan lain. Bagaimanakah wakil kumpulan ini dipilih? Setiap ahli kumpulan akan diberikan nombor 1-5. Apabila tiba kumpulan A, guru akan memilih secara rawak mana-mana nombor 1-5. Dan seterusnya untuk kumpulan-kumpulan lain. Jika wakil kumpulan gagal menjawab sebarang persoalan, ahli kumpulan lain dibenarkan untuk membantu. Tedapat variasi di mana, setiap soalan berjaya dijawab mempunyai nilai markah. Dengan itu, wakil tidak hanya mengambil sambil lewa dan semua ahli kumpulan mengambil tanggungjawab untuk menguasai tajuk kumpulan mereka.


MINI DICTIONARY

Sehelai mini dictionary disediakan untuk setiap kumpulan. Ia mengandungi perbendaharaan kata daripada tajuk yang dipelajari. Hal ini membantu murid memahami maksud beberapa perkataan apabila kamus digital tidak dapat disediakan di dalam kelas. Ia memudahkan perbincangan dan membiasakan murid dengan perkataan-perkataan tersebut.


KUIZ MINI

Pada awal PDPC, guru mengajukan soalan dan murid perlu mencuba untuk menjawab soalan-soalan diberikan. Kemudian, soalan-soalan dibincangkan dan murid perlu mencari jawapan sebenar. Setelah selesai, jawapan bagi soalan-soalan itu dibincangkan bersama-sama. Aktiviti ini melatih murid untuk bersikap kendiri dalam belajar dan guru bertindak sebagai pemudahcara.


GAMIFIKASI

Ia satu aktiviti yang dijadikan seperti permainan. Murid mempunyai peluang sama rata. Beberapa soalan diajukan dan mana-mana ahli harus berlumba untuk menjawab. Jika betul mereka boleh ke hadapan untuk melontar dart. Markah akan diberikan mengikut point pada papan dart. Point-point terkumpul akan dikira. 


ROLE PLAY

Setiap kumpulan diberikan situasi berbeza dan mereka perlu melakonkannya. Murid diberi masa selama 5-7 minit untuk menyediakan skrip dan berlatih. Selepas persembahan setiap kumpulan, kumpulan lain mengajukan soalan dan boleh dijawab bukan sahaja kumpulan yang membuat persembahan malah kumpulan lain juga. Kumpulan juga boleh memberikan bintang kepada persembahan setiap kumpulan.


PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI

Murid diberikan satu lembaran peta grafik. Mereka perlu melengkapkannya berdasarkan sumber daripada buku teks. Sebelum mereka bermula, murid berbincang dalam kumpulan untuk memastikan fakta mana yang perlu dipilih daripada buku teks. Setelah selesai, setiap kumpulan membentangkan bahagian peta tertentu dan guru hanya menyemak sahaja. Kumpulan lain boleh menyoal, menambah isi atau memberikan pendapat.

0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages