Aktiviti Amali

Topik 4: Pengenalan kepada Teknologi dan Sumber Digital untuk Aktiviti  Pembelajaran Bermakna 

Tugasan Individu

Berdasarkan maklumat yang dicari, anda dikehendaki membina SATU laman repositori digital menggunakan Google Sites

Sila letakkan link google sites anda di ruangan komen Google Classroom (gunakan ID Delima)

Arahan:
  1. Setiap individu dikehendaki menonton video atau meneliti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan dalam manual tentang cara pembinaan Google Sites.
  2. Anda diminta membina SATU tapak Google Sites mengikut tema yang anda pilih
  3. Tapak yang dibina perlu mengandungi sekurang-kurangnya TIGA muka surat
  4. Pembinaan tapak Google Sites dengan mengoptimumkan penggunaan bahagian Insert, Pages, Themes dan fungsi Text box, Imej, Embed dan Drive
  5. Kandungan Google Sites meliputi pengenalan tentang
    • aplikasi, perisian atau pelantar pembelajaran yang dipilih
    • ciri-ciri (features/affordances) aplikasi, perisian atau pelantar pembelajaran yang dipilih
    • fungsi bagi setiap ciri (feature/affordances) yang disenaraikan
    • penggunaan aplikasi, perisian, atau pelantar pembelajaran yang dipilih bertujuan sama untuk
      • Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
      • Inovasi dalam PdPc
      • Pentaksiran
      • Pengurusan PdPc
    • Mereka bentuk tapak Google Sites berdasarkan kreativiti masing-masing
    • Menerbitkan tapak Google Sites melalui Fungsi Publish
    • Mendapatkan maklum balas daripada rakan pembelajaran/ pakar bidang/komuniti.
HASIL AKHIR



Topik 5: Pengenalan Pemanfaatan Pengurusan Pembelajaran Dalam Talian

Tugasan Individu

Apa yang telah kamu belajar dalam topik 5 dan apakah tools yang boleh kamu terapkan dalam penambahbaikan tugasan 2?. Gunakan kehebatan digital anda utk kongsikan momen tersebut di padlet ini

Sila klik link padlet di bawah dan tekan turn in setelah kamu melengkapkan padlet tersebut.


HASIL AKHIR

Made with Padlet

Topik 7: Konsep Pemikiran Komputasional

Tugasan Berkumpulan

Gallery Walk TERBUKA KELAS

Anda diminta membuat sebiji kek menyambut hari jadi ibu/bapa anda. Memandangkan ini merupakan kali pertama anda membuat kek ini, anda perlu menggunakan pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah ini.

Arahan

  1. Aktiviti ini merupakan kerja berkumpulan berempat atau berlima
  2. Anda dikehendaki menyelesaikan aktiviti ini berdasarkan teknik asas Pemikiran Komputasional iaitu
    • Leraian (Decomposition)
    • Pengecaman Corak (Pattern Recognition)
    • Peniskalaan (Abstraction)
    • Algoritma (Algorithm)
    • Penaakulan Logik (Logical Reasoning)
    • Penilaian (Evaluation)

Perbandingan dua jenis kek yang berbeza

GALLERY WALK TERBUKA KELAS TAHUN 2024

Sila upload 5 lampiran seperti berikut iaitu
  1. Satu Poster Gallery Walk Kumpulan
  2. Satu Video Promosi Gallery Walk 
  3. Satu Buku Digital Kumpulan (Cover + Topik 1 hingga 8)
  4. Satu post Gambar ahli kumpulan yang menarik
  5. Satu dokumen dalam bentuk word penerangan permainan yang dijalankan semasa sesi Gallery Walk

0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages