Topik 3 : Pengenalan Kepada Peranan Guru Era Digital

  • Piawaian Guru ISTE
    • Tujuan
    • Ciri-ciri
  • Konsep Pembelajaran Bermakna (Rakan Pembelajaran, Persekitaran Pembelajaran, Amalan Pedagogi, Pemanfaatan Digital)
  • Kompetensi Global 6C
  • Reka Bentuk Pemanfaatan Digital
    • Kerangka 3E (Engage, Enhance, Extend) 
    • Kerangka 3R (Rigor, Relevance, Relationship)

Piawaian Guru ISTE

Guru era digital perlu mempunyai piawaian yang boleh mengembangkan pelajar agar memenuhi ciri-ciri pelajar yang berjaya dalam era digital. Guru juga akan bermula dengan belajar. Ini disebabkan zaman digital ini yang hanya akan kekal berubah adalah perubahan di sekeliling anda. Jadi guru era digital perlu menjadi pelajar, pemimpin, warganegara. kolaborator, pereka bentuk dan pemudahcara.


https://talktechwithme.com/2016/11/29/give-your-feedback-on-the-new-iste-teacher-standards/

Rujuk perihalan tentang guru era digital mengikut Piawaian ISTE. Adakah persamaan dengan Piawaian ISTE Pelajar? Kenapa?

Konsep Pembelajaran Bermakna

Kenapa Pembelajaran Bermakna?
Setiap pembelajaran yang akan kita ingat adalah pembelajaran yang memberi makna kepada kita. Cuba ingat pengalaman pembelajaran yang paling anda ingat? Pembelajaran itu mungkin telah melekat dalam minda anda kerana situasi itu memberi pengalaman yang anda tidak akan lupakan.

Dalam konteks IPGM, pembelajaran bermakna telah dipersetujui sebagai rujukan kepada 'deep learning'. Hanya apabila pembelajaran berlaku secara mendalam, proses itu akan membawa makna kepada pelajar. Contohnya, bila pelajar diberi peluang untuk berkolaborasi dengan rakan rakan di luar negara, itu akan membawa makna kepada pelajar.

https://deep-learning.global/making-it-happen/

Terdapat 4 komponen utama dalam Pembelajaran Bermakna atau dipanggil Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Komponen itu adalah persekitaran pembelajaran, kapasiti pedagogi, rakan pembelajaran dan pemanfaatan alat dan teknologi digital (rujuk ilustrasi di atas).

https://www.hlpschools.org/students/aeries-student-portal


Adalah diharapkan apabila keempat-empat komponen ini digabung dan direka bentuk, maka ini akan membawa kepada penghasilan pelajar yang mempunyai kompetensi 6C seperti Pemikiran Kritis, komunikasi, Kolaborasi, kreativiti, sahsiah dan kewarganegaraan.


Reka Bentuk Pemanfaatan Digital
Untuk mencapai kompetensi ini, pedagogi dalam bilik darjah perlu direka bentuk oleh guru dengan menggunakan model sebagai panduan. Untuk KPPB, model yang digunakan adalah model kerangka 3E: Engage, Enhance dan Extend. Pada masa yang sama Model 3R digunakan untuk membina dan merancah/ menyokong pembelajaran pelajar: 3R iaitu Rigor-Relevance-Relationship.


Ini bermaksud, guru perlu tahu mereka bentuk agar pelajar dibimbing untuk mencapai extension di mana pelajar mula belajar di luar bilik kuliah dan melibatkan aktiviti harian mereka. Cuba fikirkan, adakah kelas ini direka bentuk sebegitu?

Kerangka Triple E
Ini adalah satu kerangka yang diperkenalkan oleh Liz Kolb iaitu Triple E Framwork.
https://www.tripleeframework.com/framework-models.html


https://edtech.worlded.org/the-triple-e-framework-for-more-effective-technology-integration-in-adult-education/

Berikut adalah perkara-perkara yang ditimbangkan apabila guru mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar mencapai kompetensi yang diperlukan dalam era digital ini.


Kerangka 3R
Kerangka 3R mengharapkan agar pelajar mencapai kuadrant D, di mana pelajar berada di peringkat mereka cipta. Namun begitu, pelajar perlu diberi sokongan untuk mencapai kuadrant tersebut. Mungkin sokongan yang diberikan adalah bermla pada kuadrant A: pemerolehan/ acquisition.


Kesimpulan
Secara keseluruhannya, untuk mencapai kompetensi yang diperlukan dalam era digital, pelajar perlu diberi peluan untuk mempelajari kemahiran dan pengetahuan yang relevan kepada mereka. Oleh itu, peranan guru era digital adalah untuk menggunakan model dan konsep yang sesuai sebagai alat untuk mereka bentuk persekitaran pembelajaran pelajar. Jadi, guru juga perlu mempunyai ciri-ciri guru yang diperlukan seperti Piawaian ISTE untuk guru.





0 comments:

Post a Comment

Info Semasa



Terima kasih kerana mengunjungi Portal Pembelajaran GAPD1032.

Ianya adalah Pentaksiran Berterusan dan TIADA PEPERIKSAAN AKHIR DIUJI

Pengunjung

Undian

Pautan Pantas

Blog Archive

Recent Posts

Pages